GAJI BAWAH RM 3,100 TIDAK PERLU BAYAR CUKAI PENDAPATAN MULAI TAHUN 2018
Golongan berpendapatan bawah RM 3,100 tidak perlu lagi gusar untuk membayar cukai pendapatan kerana pada tahun 2018, kerajaan telah membuat keputusan untuk mengurangkan kadar peratusan cukai sebanyak 2% bagi kadar cukai pendapatan individu bermastautin.
Datuk Othman Aziz iaitu Timbalan Menteri Kewangan Malaysia berkata kadar pengurangan sebanyak 2% tersebut banyak membantu meringankan beban rakyat. Beliau berkata lagi pembayar cukai yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak dengan pendapatan boleh cukai sebanyak RM 4,351 akan ditingkatkan ke RM 4,496.
Selain itu, beliau juga memberitahu bahawa walaupun negara mengalami kehilangan sebanyak RM 1.23 bilion tetapi kehilangan tersebut akan disumbang kan semula ke sistem ekonomi negara dan sekali gus melonjakkan aktiviti ekonomi dari semasa ke semasa.
Datuk Othman berkata hanya 2.27 juta daripada 14.6 juta tenaga buruh yang direkodkan membayar cukai pendapatan individu sehingga tahun 2017. Walaupun 12.2 juta pekerja yang mempunyai rekod di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hanya 6.9 juta yang aktif dan daripada jumlah tersebut, hanya 2.27 juta sahaja membayar cukai pendapatan. Sementara itu, sebanyak 1.08 juta syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri, hanya 168,244 syarikat sahaja yang dikenakan cukai.
Sumber : Berita Harian Online
Comments
Post a Comment