DUA ORANG PENGARAH DIDAKWA KERANA GAGAL ISYTIHAR CUKAI PENDAPATAN
DUA ORANG PENGARAH DIDAKWA KERANA GAGAL
ISYTIHAR CUKAI PENDAPATAN KEPADA LHDNM
KUALA TERENGGANU, 13 Februari – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
(LHDNM) pada hari ini mendakwa dua orang pengarah di Mahkamah Majistret Kuala
Terengganu kerana gagal mengisytiharkan cukai pendapatan.
Azaiz bin Abdullah (55 tahun), seorang kontraktor dan juga merupakan Pengarah
Syarikat Jati Kenali Trading Sdn. Bhd. menghadapi lapan pertuduhan di bawah seksyen
77(1)(a) dan seksyen 112(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 kerana gagal
mengisytiharkan pendapatan dirinya dan mengemukakan Borang B bagi Tahun
Taksiran 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013 dalam tempoh masa
yang ditetapkan.
Manakala Sabarina Binti Dato’ Sulaiman (48 tahun), seorang Pengarah yang
bertanggungjawab menurut seksyen 75 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Syarikat
Regensi Motor (TRG) Sdn. Bhd. pula menghadapi tiga pertuduhan di bawah seksyen
77A(1) dan seksyen 112(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 kerana gagal mengisytiharkan
pendapatan syarikat dan mengemukakan Borang C bagi Tahun Taksiran 2011, 2013
dan 2014 dalam tempoh yang ditetapkan.
Bagi setiap pertuduhan, kedua-dua tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak
kurang dari RM200.00 dan tidak melebihi RM2,000.00 atau penjara tidak melebihi
tempoh enam bulan atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Untuk siaran segera
Muka surat 2 daripada 2
Kenyataan Media LHDNM, 13 Februari 2017
Walau bagaimanapun, kedua-dua tertuduh tidak hadir pada perbicaraan yang
berlangsung hari ini di hadapan Puan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.
Justeru LHDNM melalui Peguam Hasilnya, Norhidayah Yasin telah membuat
permohonan agar waran tangkap dikeluarkan terhadap tertuduh. Permohonan LHDNM
telah dibenarkan dan Majistret menetapkan tarikh sebutan semula kes untuk waran
tangkap pada 13 Mac 2017.
Sumber LHDN Malaysia
Sumber LHDN Malaysia
Comments
Post a Comment