PENALTI BAGI PENGEMUKAAN PENYATA, MAKLUMAT ATAU LAPORAN TIDAK BETUL

Kedudukan Semasa

Menteri Kewangan boleh membuat kaedah-kaedah dibawah seksyen 154(1)(c) bagi perlaksanaan atau memudahkan perjalanan apa-apa aturan di bawah seksyen 132B Akta Cukai Pendapatan 1967. Bagaimana pun tiada peruntukan dalam Akta yang boleh digunakan untuk menghukum mereka yang memberikan penyata, maklumat atau laporan yang tidak betul seperti yang dikehendaki di bawah seksyen 154(1)(c).

Cadangan

Seksyen 113A diperkenalkan di mana di bawah seksyen ini mana-mana orang yang dikehendaki membuat penyata, maklumat atau laporan dibawah kaedah yang dibuat dibawah seksyen 154(1)(c) telah membuat penyata atau laporan yang tidak betul atau membuat atau memberi maklumat yang tidak betul boleh, jika disabitkan kesalahan, dikenakan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

Kesan

Denda yang berat perlu dikenakan bagi memastikan penyata, maklumat atau laporan yang diberikan adalah betul.

Rujukan

Seksyen 113A Akta Cukai Pendapatan 1967.

Tarikh Kuat Kuasa

Bermula apabila akta ini dikuatkuasakan.

Comments

Popular Posts