POTONGAN UNTUK PEMERIKSAAN PENUH PERUBATAN
Kedudukan Semasa
Individu pemastautin Malaysia layak mendapat pelepasan atas perbelanjaan pemeriksaan penuh perubatan untuk dirinya, pasangannya atau anak-anaknya. Jumlah pelepasan adalah bersamaan dengan amaun yang dibelanjakan tetapi terhad kepada RM500. Proviso kepada subseksyen 44(6)(1)(h) menyatakan bahawa jika pembayar cukai itu juga menuntut pelepasan untuk kos rawatan penyakit serius yang dihadapi olehnya, pasangannya atau anak-anaknya dibawah subseksyen 44(6)(1)(g), jumlah pelepasan yang diberikan dibawah subseksyen 44(6)(1)(g) dan (h) ini terhad kepada RM5,000 sahaja. Ini bercanggah dengan subseksyen 44(6)(g) yang menyatakan jumlah pelepasan untuk perbelanjaan rawatan penyakit serius ialah terhad kepada RM6,000.
Cadangan
Proviso kepada subseksyen 44(6)(1)(h) dipinda dengan menaikkan had maksima dari RM5,000 kepada RM6,000.
Kesan
Untuk menyelaraskan had maksima pelepasan dengan subseksyen 44(6)(1)(g) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Rujukan
Seksyen 44(6)(1)(h) Akta Cukai Pendapatan 1967
Tarikh Kuat Kuasa
Mulai tahun taksiran 2015

Comments
Post a Comment